Tim Van Damme khai hensem

Laman Utama


Epelajar

Senarai felo felo.


Read more

Fasiliti di Kolej Dato' Onn

KAFETERIA KOLEJ – Kafeteria Kolej Dato’ Onn menjual pelbagai jenis hidangan bagi memudahkan penghuni KDO untuk membeli makanan. Kafeteria ini beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehinggalah ke pukul 12.30 tengah malam. Selain daripada menjual lauk-pauk, kafeteria ini turut menyediakan makanan-makanan lain seperti nasi ayam, roti canai, manakala pada sebelah malam pula, penghuni KDO berpeluang untuk memesan masakan panas atau juga dikenali sebagai masakan ‘ala carte’. Kafeteria KDO ini bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk penghuni KDO menjamu selera, malah terdapat juga penghuni KDO yang menjadikan kafeteria tersebut sebagai tempat untuk berkumpul bagi membuat perbincangan secara berkumpulan. Selain itu, sekiranya terdapat sesuatu majlis, kafeteria KDO akan dijadikan tempat di mana majlis itu dijalankan. Hal ini kerana, kafeteria KDO merupakan satu-satunya kawasan yang paling besar yang mampu memuatkan ramai orang.

BILIK EKSKLUSIF – Bilik eksklusif ini terletak di bawah jagaan Kelab Ekslusif. Bilik ini hanya beroperasi pada waku malam sahaja iaitu bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 12.00 tengah malam. Terdapat pelbagai kemudahan di bilik ini. Antaranya ialah kemudahan computer bagi penghuni-penghuni KDO yang tidak mempunyai lattop sendiri. Kemudahan ini dapat memudahkan mereka yang terbabit menyelesaikan tugasan mereka dengan mudah. Selain itu, terdapat juga bilik perbincangan di sini. Bilik ini berfungsi sebagai tempat perbincangan di mana para penghuni yang memerlukan suasana yang tenang dapat menggunakannya. Terdapat juga televisyen yang menyiarkan saluran-saluran daripada rangkaian astro bagi memberikan hiburan kepada penghuni KDO. Bilik ini juga turut menyediakan kemudahan ‘printing’. Bagi penghuni KDO yang tidak mempunyai printer sendiri, mereka boleh menggunakan perkhidmatan tersebut.

SURAU – Surau KDO terletak bersebelahan dengan bilik zamrud. Surau ini berfungsi sebagai tempat untuk aktiviti kerohanian dijalankan. Sebagai contoh, program bicara siswi yang melibatkan penghuni wanita KDO diadakan di surau ini pada setiap hari jumaat. Pada setiap waktu solat juga, terdapat penghuni kolej ini yang akan solat secara berjemaah di surau ini. Surau KDO juga dijadikan tempat para penghuni KDO berkumpul untuk menunaikan solat terawih pada bulan Ramadhan. Kadang kala, pada waktu malam, terdapat penceramah dari luar yang akan dijemput untuk memberikan ceramah pada waktu antara solat maghrib dan isyak. Secara keseluruhannya, segala aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam akan dijalankan di surau KDO.

FOYER KOLEJ – Foyer KDO terletak bersebelahan dengan kafeteria KDO. Di foyer ini terdapat ruang rehat di mana penghuni KDO berpeluang untuk membaca surat khabar. Selain itu, sekiranya penghuni KDO mahu menjalankan apa-apa perbincangan, mereka juga boleh memanfaatkan ruang ini kerana ruang ini dibuka selama 24 jam. Foyer KDO juga berfungsi sebagai tempat para penghuni berkumpul apabila terdapat sesuatu peristiwa berlaku.
PEJABAT KOLEJ – Pejabat KDO merupakan tempat di mana segala urusan rasmi KDO dijalankan. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan kolej, para penghuni boleh merujuk kepada pejabat KDO. Urusan surat-menyurat juga dijalankan di sini. Penghuni KDO perlu berurusan dengan pejabat KDO sekiranya mereka menerima surat daripada pihak luar. Pejabat KDO merupakan satu kemudahan yang dikira agak penting kerana sekiranya penghuni KDO mahu menggunakan sesuatu kemudahan yang perlu mendapat kebenaran terlebih atau ditempah terlebih dahulu, segala urusan yang berkaitan perlu dijalankan di sini. Segala aduan yang berkaitan dengan KDO juga boleh diadukan di pejabat KDO agar segala tindakan yang perlu dapat dijalankan dengan segera.

BILIK ZAMRUD – Bilik zamrud terletak bersebelahan dengan surau KDO. Terdapat beberapa fungsi bilik ini. Walau bagaimanapun, fungsi bilik ini tidaklah tetap. Pada bulan Ramadhan atau pada sesuatu majlis yang melibatkan ramai tetamu, bilik ini akan dijadikan surau bagi pihak perempuan di mana para penghuni perempuan akan solat di tempat ini. Hal ini kerana, saiz surau KDO tidak dapat menampung semua penghuni yang hadir. Bilik ini juga amat sesuai untuk tujuan tersebut kerana bilik ini terletak bersebelahan sahaja dengan surau KDO. Selain itu, bilik ini juga akan berfungsi sebagai bilik mesyuarat. Pelbagai jenis mesyuarat pernah diadakan di sini. Bilik ini juga pernah dijadikan sebagai bilik tayangan untuk KDO Production. Suasana bilik ini yang kondusif dan selesa menjadi factor utama mengapa bilik ini dipilih untuk dibuat bilik tayangan.

BILIK MAWAR – Secara khususnya, bilik mawar merupakan antara bilik mesyuarat yang formal. Segala mesyuarat yang penting akan dijalankan di sini. Walau bagaimanapun, saiz bilik ini yang tidak terlalu besar menyebabkan bilik ini tidak dapat menampung bilangan ahli yang ramai. Oleh yang demikian, mesyuarat yang hanya melibatkan ahlinya yang sedikit sahaja akan dijalankan di sini. Namun, sekiranya tiada pilihan lain, bilik mawar kan dijadikan pilihan yang utama. Selain itu, bilik ini juga dijadikan tempat di mana pengetua kolej ini iaitu Profesor Madya Datin Nor Aziah Mohd Awal memberikan kuliah kepada pelajarnya yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana muda.

BILIK KEBUDAYAAN – Bilik ini merupakan bilik khas untuk ahli kelab kebudayaan berkumpul dan berlatih sekiranya terdapat pertandingan yang bakal mereka sertai. Pada kebiasaannya, ahli kelab kebudayaan akan berkumpul di sini bagi memudahkan mereka bertemu dan menjalankan latihan selain membuat perbincangan. Segala trofi yang telah dimenangi oleh kelab ini juga ditempatkan di bilik ini. Bilik ini juga turut dijadikan tempat simpanan alatan-alatan yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan. Secara umumnya, bilik ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang merasakan bahawa dirinya berbakat dan berhasrat untuk menonjolkan bakat tersebut.

BILIK KARAOKE – Bilik ini menempatkat set karaoke. Para penghuni KDO yang ingin melepaskan hajat mereka untuk berkaraoke bolehlah menggunakan kemudahan ini. Untuk menggunakan bilik ini, para penghuni perlulah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.


BILIK JAKSA – Bilik ini merupakan bilik di mana para JAKSA berkumpul dan membuat perbincangan. Segala urusan yang berkaitan dengan JAKSA dijalankan di sini.

BILIK ASPIRASI – Selain daripada kelab kebudayaan, terdapat satu lagi bilik yang istimewa bagi satu lagi kelab yang dikira agak penting di KDO. Bilik tersebut ialah bilik aspirasi untuk Kelab Aspirasi – Sahabat Satu Malaysia. Segala aktiviti kelab ini akan dijalankan di sini. Para Majlis Tertinggi akan menggunakan bilik ini untuk membuat perbincangan. Selain itu, carta organisasi kelab ini juga terletak di bilik ini.

RUANG SISWI – Selain daripada foyer KDO, terdapat satu lagi ruangan yang boleh dijadikan tempat perbincangan bagi penghuni KDO iaitu ruang siswi. Ruang ini terletak di hadapan bilik kebudayaan dan juga bilik delima. Terdapat kemudahan televisyen disediakan di sini. Walau bagaimanapun, tiada rangkaian astro yang disediakan. Ruang ini dibuka selama 24 jam. Penghuni KDO yang tidak dapat menumpukan perhatian untuk belajar di dalam bilik mereka, boleh memanfaatkan ruangan ini untuk dijadikan tempat belajar. Terdapat sofa-sofa yang disediakn di sini bagi mewujudkan suasana yang selesa kepada sesiapa sahaja yang menggunakan ruangan ini. Kadangkala, ruangan ini juga boleh dijadikan sebagai tempat mesyuarat atau perbincangan yang kurang formal dan lebih santai.

BILIK DELIMA – Bilik delima merupakan bilik utama yang akan dipilih sekiranya terdapat penghuni KDO yang mahu mengadakan mesyauarat. Hal ini kerana saiz bilik ini yang agak besar mampu memuatkan bilangan ahli mesyarat yang ramai. Selain itu, bilik ini juga akan digunakan oleh ahli-ahli kelab kebudayaan untuk menjalankan latihan mereka. Segala perjumpaan yang melibatkan ramai ahli akan dijalankan di bilik ini bagi mewujudkan suasana yang selesa.

PEJABAT FELO – Pejabat felo merupakan tempat yang pertama yang perlu dirujuk oleh penghuni KDO sekiranya mereka mahu berjumpa dengan felo yang bertugas. Felo yang bertugas pada kebiasaannya akan berada di pejabat ini.

BILIK BSMM – Bilik ini merupakan satu kemudahan yang amat penting di KDO. Bilik ini beroperasi selama 24 jam. Tujuan utama bilik ini ialah untuk menempatkan penghuni-penghuni KDO yang mengalami kes-kes kecemasan sebelum mereka dibawa ke klinik atau pusat kesihatan. Bilik ini dikendalikan oleh ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Selain itu, sekiranya penghuni KDO berasa kurang sihat, mereka boleh merujuk kepada bilik ini terlebih dahulu.
Read more

Sejarah Kolej Dato' Onn

Read more

Organisasi JAKSA

Read more

Majlis berbuka puasa Bersama Fitrah.

Pada 3 September 2010 yang lalu, satu Majlis Menjiwai Al-Quran Menghidupkan Ramadhan Kolej Dato’ Onn telah diadakan bertempat di kafeteria kolej. Majlis bermula pada jam 5 petang dengan ketibaan dan pendaftaran para pelajar,hadirin dan tetamu yang diraikan iaitu anak-anak fitrah dan seterusnye ketibaan tetamu kehormat,Yb Prof.Datuk Dr. Hassan Basri,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik&Antarabangsa UKM.


Majlis secara rasminya dimulakan dengan bacaan doa.Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah program ,Mohd Nazaruddin.Ucapan diteruskan oleh Timbalan Naib Canselor dan seterusnya majlis dirasmikan.Acara kemuncak ialah apabila beberapa pelajar kolej memperdengarkan bacaan Al-Quran.Selepas itu,sumbangan duit raya diberikan kepada anak-anak fitrah yang turut hadir di majlis tersebut.


Seterusnya, majlis penyampaian sijil kepada peserta khatam Al-Quran telah dilangsungkan dan kemudiannya sebagai tanda penghargaan kepada Timbalan Naib Canselor sedikit cenderamata telah disampaikan oleh Pengetua Kolej Dato’Onn.Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa.Menu berbuka puasa pada majlis tersebut ialah nasi hujan panas,bubur lambuk dan sedikit kuih-muih.

Laporan dari : Nurul Ilyani dan Maryam Yusoff, exco penerbitan.
Read more

Visi, misi, moto dan piagam JAKSA Kolej Dato' Onn.

Visi.
Menjana kecemerlangan kepimpinan ke arah pengurusan profesional berteraskan kemantapan sahsiah dan akademik.

Misi.
  • Menjaga kebajikan Mahasiswa/i Kolej Dato’ Onn.
  • Menjalin ukhuwah antara warga Kolej Dato’ Onn dan mencetus integrasi antara kaum.
  • Menjana strategi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang terbaik untuk melahirkan warga berilmu, berakhlak mulia, kreatif, inovatif dan mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi.
  • Menjana kecemerlangan bersifat kepimpinan dan kemantapan pengurusan berorganisasi.
  • Memastikan Kolej Dato’ Onn “Pertama Dalam Semua”.

Moto.
“Musyawarah Asas Kecemerlangan”

Piagam.
  • Mewujudkan hubungan mesra, hormat menghormati dan bantu membantu di kalangan warga Kolej Dato’ Onn.
  • Mengutamakan tindakan segera ke atas kes-kes kecemasan pelajar.
  • Memastikan aduan pelajar di ambil tindakan segera dan diberi maklumbalas.
  • Mengamalkan sifat 'terbuka' kepada semua warga Kolej Dato’ Onn untuk perbincangan dan pertanyaan.
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti yang relevan seperti mentor-mentee dan aktiviti kerohanian ataupun keagamaan.
Read more

Buletin Kolej Dato' Onn.

Senarai buletin disini.

NEW ! (15/6/10)- Penubuhan Kelab Teknikal Kolej Dato' Onn.
Read more

Tentang KDO






Pautan.

- SMPWeb - Epelajar UKM - Ewarga -

Website ini dijaga sepenuhnya oleh
KDO Production